Home

Berfikiran dan berjiwa besar

Sembuhkanlah penyakit "EXCUSITIS"

Cara berfikir atau fikiran yang membimbing inteligensi anda adalah jauh lebih penting dari jumlah inteligensi yang anda miliki. Menjawab pertanyaan, "Apakah anak anda harus menjadi ilmuan?",Dr Edward Teller, salah seorang ahli Ilmu Alam, berkata:  "Tidak perlu seorang anak itu mempunyai kecerdasan cemerlang untuk menjadi seorang ilmiah, dan tidak pula perlu dia mempunyai ingatan yang luar biasa, dan tidak perlu pula dia mendapat angka-angka yang tinggi di sekolah. Satu-satunya hal yang perlu ialah anak itu mempunyai cukup perhatian terhadap ilmu pengetahuan."

Dengan sikap positif, optimistis dan kooperatif, orang yang mempunyai IQ 100 akan berpenghasilan lebih besar, mendapat kehormatan lebih tinggi daripada orang yang sikapnya negatif, pesimistis, tidak kooperatif dengan IQ 120.

Ada suatu kisah dari Einstein. Orang bertanya kepadanya: "Berapa kilometer itu?" Jawabnya: Saya tidak tahu. Mengapa mengisi otak saya dengan fakta-fakta yang mudah sekali ditemukan dalam kamus yang baik". Einstein memberi kepada kita suatu pelajaran yang berguna. Dia yakin bahawa lebih baik menggunakan otak untuk berfikir daripada untuk menyimpan fakta-fakta.

1. Temukanlah bakat-bakat anda yang unggul. Ingat, bahawa bukan jumlah otak yang anda miliki yang penting, akan tetapi yang berharga adalah cara anda menggunakan otak anda. Kendalikan otak anda, dan jangan prihatin tentang IQ anda.

2. Ingatlah beberapa kali setiap hari: "Sikap anda lebih penting dari kecerdasan anda".

3. Ingatlah bahawa kecekapan berfikir adalah jauh lebih penting daripada kecekapan mengingat-ingat fakta-fakta.

SET  YOUR  GOAL,  GO  FOR  IT,  BE   A  GOAL   ACHIEVER !




News


Archive